Secara umum, Jabatan ini boleh mengenakan yuran
kepada pengguna untuk pembekalan data kecuali untuk
pembekalan data untuk projek kerajaan dan untuk tujuan
penyelidikan dan akademik. Untuk kegunaan swasta sedikit
caj dikenakan (Fees Order 1966) seperti dalam jadual
dibawah. Yuran ini dikenakan untuk membiayai sebahagian
kos penggunaan komputer dan bahan cetak. Pengguna
dinasihatkan membawa 'thumb drive' sebagai media
storan untuk membuat salinan data.