KM 7, Jalan Ampang, 68000 Kuala Lumpur, Malaysia Phone: +603-42895400 Fax: 603-42564037 DID HQ | NRE
English Language         
English Laman Utama  i-Diari  Intranet  Prestasi Data
 
  Maklumat Korporat   |   Perkhidmatan   | Penerbitan   | Pendidikan   | Hubungi Kami   Panduan Laman Web
Info | Kitaran Hidrologi| Multimedia| Fakta Air | Cara Menghadapi Banjir

Persediaan Menghadapi Banjir

Pengenalan Banjir

Banjir merupakan bencana alam yang diberi perhatian oleh sebab ia mengancam kehidupan dan ekonomi penduduk negara ini. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ke tiga besar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang tertumpu di lembangan dan lurah sungai yang mudah dinaiki air kejadian banjir amat sukar dielakkan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.

Dalam masa satu dekad yang lepas negara telah mengalami beberapa kejadian banjir besar. Walaupun luas kawasan banjir yang mengalami banjir kira-kira 29,000 km persegi atau 9% daripada keluasan negara ini, lebih 2.7 juta orang 18% daripada jumalah penduduk negara yang teralibat dengan banjir. Jumlah kerosakan akibat banjir pula ditaksirkan sebanyak RM 100 juta menurut kajian JICA pada tahun 1981. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani masalah bencana banjir seperti penubuhan badan penyelia, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, pelaksanaan langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amraran banjir bagi lembangan sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan lembangan sungai secara besepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa akibat banjir.

Sebagai orang awam, kita berperanan untuk bersiap sedia menghadapi ancaman bahaya banjir dengan bertindak lebih awal. Berikut adalah petikan Panduan Menghadapi Becana yang diterbitakan oleh Jabatan Pertahan Awam serta gambar-gambar kartun yang mudah difahami untuk dijadikan:


            Sebelum Banjir

                    · Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.

· Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.

· Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.

· Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.

· Sediakan Peralatan Kecemasan.

· Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.

Kembali ke   atas


Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan

· Dengar pengumuman dari radio.

· Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.

· Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.

· Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.

· Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

· Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Kembali ke  atas


Semasa Banjir - Di Dalam Rumah

· Dengar pengumuman dari radio.

· Bersedia dengan peralatan kecemasan.

· Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

Kembali ke  atas


Semasa Banjir - Di Luar Rumah

· Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.

· Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.

· Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.

· Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.

· Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.

· Jangan minum air banjir.

Kembali ke  atas


Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan

· Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.

· Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.

Kembali ke  atas


Semasa Banjir - Semasa Pemindahan

· Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.

· Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.

· Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

Kembali ke  atas


Selepas Banjir

· Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.

· Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua, kanak-kanak atau orang-orang cacat).

· Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.

· Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.

Kembali ke  atas


Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan

· Pakai kasut.

· Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.

· Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai rumah anda.

· Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

Kembali ke  atas


Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya

· Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

· Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.

· Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.

· Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).

· Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.

· Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.

· Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.

Kembali ke  atas



Hakcipta © 2002-2014 .HydroNet. Versi 2
Bahagian Pengurusan Sumber Air & Hidrologi, JPS Malaysia Semua hak terpelihara


Penafian: Kerajaan Malaysia dan JPS Malaysia tidak bertanggung jawab bagi apa-apa kehilangan dan kerugian
yang disebabkan dari penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Direkabentuk oleh : Unit Komputer, BSAH.
Tahun dilancarkan :
Ver. 1 : Dis 2002
Ver. 2 : Apr 2005