Syarat-syarat: |
1. Data yang diperolehi tidak digunakan untuk projek atau kajian lain
yang tidak dinyatakan di dalam borang permohonan asal. Jika data tersebut
ingin digunakan untuk projek atau kajian lain, permohonan baru harus dibuat
kepada JPS. |
2. Perakuan mengenai penggunaan data yang diperolehi daripada JPS haruslah
dibuat dalam apa-apa jua laporan, kertas kerja atau penerbitan yang mana
data telah digunakan atau dibuat perbandingan dan satu salinan laporan,
kertas keja atau penerbitan berkenaan dihantar kepada JPS dengan percuma. |
3. Semua permohonan dan resit haruslah melalui Unit Pengurusan Maklumat,
Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi. |
4. Data yang siap boleh diambil dalam masa seminggu dari tarikh permohonan
dibuat. Jika berlaku sebarang penangguhan, pemohon akan diberitahu melalui
telefon atau email mengenai tarikh pengambilan yang baru. |
5. Bagi permohonan DI.2, pemohon haruslah mengambil data yang dipohon dalam masa 3 bulan dari
tarikh surat sebutharga dikeluarkan. Permohonan BARU haruslah dikemukakan SEMULA ke pejabat ini selepas dari tempoh 3 bulan tersebut. |